Sunday, 21 August 2011

gubahan gula2

bahan yang diperlukan untuk gubahan gula2...

  1. gula2 - sebarang warna mengikut kesukaan
  2. reben organza
  3. dawai bulu
  4. inti bunga
  5. pelilit hijau
  6. batang buluh
  7. bakul
  8. span bunga
  9. daun pakis
  10. bunga kecil
jom buat gubahan.....


bakul gula2...ilham cipta untuk hantaran
gula2 berwarna jingga 
ikat gula2 menggunakan dawai bulu mengikut warna kesukaan

gula2 yang siap diikat dengan dawai bulu

letakkan inti bunga di tengah2 gula2

cantumkan 3 biji menggunakan pelilit hijau

tambahkan lima biji dibahagian bawah

letakkan reben organza dan batang buluh 
dibahagian bawah gula2
lilit dengan pelilit hijau

gula2 yang siap dijadikan kuntuman bunga
buat lebih kurang 30 tangkai untuk mendapatkan
satu gubahan yang menarik


gula2 yang telah siap dijadikan kuntuman bunga


gubahlah bunga gula2 ini di dalam sebuah bakul 
seperti gambar di bawah


selamat mencuba...

Thursday, 18 August 2011

mi sanggul




mi sanggul goreng



bahan2 untuk mi sanggul

 
2 keping dada ayam - dipotong dadu

 
50 sen kucai

 
30 sen taugeh

 
2 bungkus mi sanggul - direndam sehingga lembut

 
3 ulas bawang putih - dimayang

 
3 senduk cili giling

1 senduk sos cili
1 bji telur
minyak untuk menumis
garam dan perasa secukupnya

cara membuatnya:
  1. tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  2. masukkan cili giling - tumis sehingga pecah minyak
  3. masukkan sos cili - kacau rata
  4. masukkan ayam - biarkan ayam sehingga masak
  5. masukkan taugeh dan kucai - kacau rata
  6. masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya
  7. masukkan mi sanggul - kacau sehingga mi betul-betul masak
  8. pecahkan telur dan kacau sebati
  9. angkat dan sedia dihidangkan




mi sanggul yang siap untuk dimakan


selamat mencuba






Tuesday, 16 August 2011

kerabu betik muda

bahan:
sepotong betik muda - disagat kasar panjang
2 tangkai kacang panjang - dipotong halus
1 kuntum bunga kantan - dimayang halus
1 biji tomato - dihiris nipis
2-3 camb kacang tanah - ditumbuk kasar
2 biji limau kasturi
1 camt serbuk pati ikan bilis
gula dan garam secukup rasa


bahan ditumbuk:
2 biji cili merah
2 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah ekkk)
3 ulas bawang merah
sedikit belacan


cara membuatnya:

  1. Campurkan betik yang disagat bersama kacang panjang, bunga kantan,tomato, kacang tanah, serbuk pati ikan bilis, gula, garam dan bahan yang ditumbuk.
  2. Perahkan limau kasturi.
  3. Gaul rata. 
  4. Sedia dihidang. 

kerabu ikan bilis

bahan2nya:
100gm ikan bilis - digoreng garing
10 tangkai cili api - dihiris halus
1 labu bawang besar - dimayang
1 biji tomato - hiris halus
2 batang serai - mayang halus
1 1/2 biji limau kasturi - ambil jusnya


cara membuatnya:
1. goreng garing ikan bilis.
2. campurkan kesemua bahan yang dipotong dan dimayang bersama ikan bilis
3. perahkan limau kasturi
4. gaul rata
5. dah siap...apa lagi mamam la.....sedap tau...



kalau anda suka boleh ditambah dengan bahan2 berikut ekkkk............
kacang panjang...bunga kantan...kobis...timun...taugeh mentah @apa2 saja yang dipikir sesuai ekk...

selamat mencuba...resipi mudah tapi enak donggggg....

Wednesday, 10 August 2011

kek lapis osborne

 kek lapis osborne

bahan:
2 cawan serbuk biskut osborne (biskut diblander hancur)
2 cawan gula halus
2 cawan marjerin
10 biji telur ayam
1 tin susu pekat manis
10-15 bungkus asam manis
1 cmb esen vanila
1 cmb soda bikarbonat
pewarna hijau

cara membuat:
1. Blander biskut osborne menjadi serbuk. Sukat 2 cawan (untuk saiz kek besar)
2. Asingkan putih dan kuning telur. Putih telur dipukul berasingan sehingga kembang. Ketepikan.
3. Pukul marjerin bersama gula halus sehingga kembang.
4. Masukkan merah telur satu persatu. Pukul sebati. 
5. Kemudian masukkan putih telur yang telah dipukul tadi.
6. Masukkan susu pekat manis. Pukul lagi.
7. Masukkan esen vanila.
8. Masukkan serbuk biskut osborne dan soda bikarbonat. Kaupbalik adunan sehingga sebati.
9. Asingkan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan dengan warna hijau. 1 bahagian lagi tidak berwarna.
10. Alas petitin dengan kertas tebal di bahagian tepi dan dasar. Bahagian tepi hendaklah dialas lebih tinggi dari petitin kerana kek akan naik 2 kali ganda.
11. Masukkan adunan tidak berwarna (lebih kurang 3 senduk). Kukus selama 20 minit. 
12. Bila masak, lapis dengan asam manis. Masukkan lapisan warna hijau pula. Kemudian kukus lagi 20 minit.
13. Buatlah berselang seli sehingga adunan habis. (4 lapisan - 2 hijau dan 2 putih) Antara lapisan dilapisi dengan asam manis.

bahan2 kek lapis osborne

                  
             Biskut osborne - blander jadikan serbuk                                   Marjerin

        
 asam manis                                     susu pekat manis


                                                                pewarna & soda bikarbonat



                    
                                           telur                                                           gula


cara membuat:

           
                    1. pukul putih telur hingga kembang                   2. pukul marjerin dan gula hingga kembang


             
        3. masukkan kuning telur satu persatu                  4. masukkan putih telur yang telah dipukul

                    
                             5. Masukkan esen vanila                          6. Masukkan susu pekat manis

                                                    6. masukkan serbuk biskut osborne & soda

             
                     7. kaupbalik adunan hingga sebati. bahagi 2 adunan - 1 diwarnakan hijau

             
                    8. alas petitin dengan kertas keras                     9. masukkan adunan putih - kukus 20 minit

     
         10. lapiskan dengan asam manis           11. masukkan adunan warna hijau - kukus lagi

              

Rupa kek lapis osborne yang telah siap....


Selamat mencuba....

Thursday, 4 August 2011

mi rebus udang





bahan mi:
1 kg mi kuning
4 keping tahu - digoreng dan dipotong dadu
300 gm taugeh - dicelur
500 gm sawi - dicelur
2 biji cili merah - dipotong halus
3-4 biji limau kasturi - dibelah dua
sedikit daun sup/bawang - ricih halus
bawang goreng


bahan kuah:
500 gm udang basah - dibuang kulit dan diblender (kulit udang diblender halus dan ditapis. ambil airnya)
50 gm udang kering - diblender halus
3 biji ubi keledek merah - rebus dan blender
6-8 ulas bawang merah - dimayang
300 gm daging - dipotong dan direbus
1 senduk cili giling
1 senduk cili sos
1 keping asam keping
sedikit air
garam, gula dan perasa secukupnya


cara membuat:
1. tumiskan cili giling sehingga garing
2. masukkan semua bahan yang diblender bersama sedikit air (ikut pekat kuah)
3. masukkan daging yang telah direbus
4. biarkan kuah mendidih. kemudian masukkan asam keping, garam, gula dan perasa secukupnya.
5. panaskan kuali secara berasingan. tumiskan bawang merah yang dimayang sehingga kekuningan. kemudian masukkan ke dalam kuah mi rebus tadi. (tumis darat)
6. biarkan kuah masak.
7. hidang bersama mi dan perencah2nya.



selamat mencuba. 

Wednesday, 3 August 2011

bakul hantaran


inilah hasil kerja tangan aku sebagai sumber ilham kepada bakal pengantin...
ada banyak lagi yang akan dipaparkan dalam blog ini....


proses menyediakan bahagian dalam...gunakan span dan glu gun sahaja


penyediaan bunga...gunakan bunga yang murah tetapi hasilnya menarik













bakul yang telah siap digubah...ditambah dengan reben organza dan kupu2 pada tangkai...bahagian tepi ditambah reben kertas warna sedondon...








selamat mencuba....
kalau nak tempah boleh contact saya...