kek lapis osborne
bahan:
2 cawan serbuk biskut osborne (biskut diblander hancur)
2 cawan gula halus
2 cawan marjerin
10 biji telur ayam
1 tin susu pekat manis
10-15 bungkus asam manis
1 cmb esen vanila
1 cmb soda bikarbonat
pewarna hijau
cara membuat:
1. Blander biskut osborne menjadi serbuk. Sukat 2 cawan (untuk saiz kek besar)
2. Asingkan putih dan kuning telur. Putih telur dipukul berasingan sehingga kembang. Ketepikan.
3. Pukul marjerin bersama gula halus sehingga kembang.
4. Masukkan merah telur satu persatu. Pukul sebati.
5. Kemudian masukkan putih telur yang telah dipukul tadi.
6. Masukkan susu pekat manis. Pukul lagi.
7. Masukkan esen vanila.
8. Masukkan serbuk biskut osborne dan soda bikarbonat. Kaupbalik adunan sehingga sebati.
9. Asingkan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan dengan warna hijau. 1 bahagian lagi tidak berwarna.
10. Alas petitin dengan kertas tebal di bahagian tepi dan dasar. Bahagian tepi hendaklah dialas lebih tinggi dari petitin kerana kek akan naik 2 kali ganda.
11. Masukkan adunan tidak berwarna (lebih kurang 3 senduk). Kukus selama 20 minit.
12. Bila masak, lapis dengan asam manis. Masukkan lapisan warna hijau pula. Kemudian kukus lagi 20 minit.
13. Buatlah berselang seli sehingga adunan habis. (4 lapisan - 2 hijau dan 2 putih) Antara lapisan dilapisi dengan asam manis.
bahan2 kek lapis osborne
Biskut osborne - blander jadikan serbuk Marjerin
pewarna & soda bikarbonat
telur gula
cara membuat:
1. pukul putih telur hingga kembang 2. pukul marjerin dan gula hingga kembang
3. masukkan kuning telur satu persatu 4. masukkan putih telur yang telah dipukul
5. Masukkan esen vanila 6. Masukkan susu pekat manis
6. masukkan serbuk biskut osborne & soda
7. kaupbalik adunan hingga sebati. bahagi 2 adunan - 1 diwarnakan hijau
8. alas petitin dengan kertas keras 9. masukkan adunan putih - kukus 20 minit
10. lapiskan dengan asam manis 11. masukkan adunan warna hijau - kukus lagi
Rupa kek lapis osborne yang telah siap....
Selamat mencuba....