Wednesday, 28 September 2011

mutabak mi segera

bahan:
  • 3 bungkus mi seger - dicelur...kemudian toskan
  • 2 paket perencah mi segera
  • 5 biji telur ayam - dipukul
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - dipotong dadu
  • 1/2 batang karot - dipotong halus
  • 1 keping dada ayam - dipotong dadu
  • udang basah
  • daun sup & bawang
**boleh tambah sayuran lain seperti cendawan butang, kobis, sawi, capsicum dsb kalau suka


cara membuat:


3 bungkus mi segera dicelur

Masukkan daun sup daun bawang, karot, bawang besar, bawang putih, udang atau isi ayam, 2 paket perencah mi segera....gaul rata

Masukkan 5 biji telur ayam yang dipukul terlebih dahulu ke dalam mi segera tadi....gaul rata

Lengserkan loyang dengan marjerin...Masukkan mi segera  yang telah digaul dengan bahan-bahan tadi

Mi siap dibakar....Bakar dalam ketuhar selama 20 minit dengan suhu 200  celcius...Cover  loyang dengan aluminium foil semasa membakar supaya bahagian atas mi tidak kering

Dah masak...sejukkan dan potong....Pas tu mamam la....tunggu lagi...

Selamat mencuba

Sunday, 25 September 2011

kek batik

Rupa kek batik

bahan:
1 tin susu pekat manis
1 1/2 paket biskut merri
1 paket kecil milo
1 buku butter


cara membuat:




  1. cairkan butter pada api kecil. kacau jangan biar hangus.
  2. masukkan susu pekat manis. kacau selalu
  3. masukkan milo. kacau sehingga pekat dan berkilat. tutup api
  4. masukkan biskut meri yang dipatah2kan ke dalam adunan milo tadi. kacau sebati.
  5. susun beberapa keping biskut merri dalam loyang bagi mengelakkan adunan melekat pada loyang. masukkan adunan tadi. tekan dan mampatkan sehingga rata.
  6. masukkan dalam peti ais.

*** kek batik hendaklah sentiasa diletakkan dalam  peti ais bagi mengelakkan biskut menjadi lemau. 

adunan butter, susu dan milo...kacau sehingga pekat dan berkilat

Tutup api dan masukkan biskut merri yang dipatah2kan...kacau sebati


Biskut merri yang telah sebati dengan adunan


Mampatkan adunan biskut tadi dalam loyang... terus masuk dalam peti ais  bagi mengelakkan biskut menjadi lemau 


Kek batik yang telah dipotong...


Rupa kek batik yang telah dipotong


selamat mencuba...resipi mudah...dan senang untuk dibuat...